Kenduri kat Perlis.

Hari ni aku pi Perlis. ada kenduri dekat Kuala Perlis. Kenduri dia lain sket dari biasa. Lauk dia ada gulai ikan dengan kerabu mangga. Selain itu dia ada buat desert bubur pulut hitam.Bubur dia memang tip top.



Tengah amik lauk. 


Lepas kenduri aku pun balik. On the way nak balik, aku singgah kat Muzium Padi



Ni la bangunan Muzium Padi


Muzium ni terletak di Gunung Keriang kat Alor Star. Muzium ni adalah muzium padi pertama kat Malaysia dan keempat dkt dunia. Dkt muzium ni kita boleh tengok sejarah padi kat Malaysia, proses pembuatan padi tradisional dan juga alat-alatan yang digunakan oleh orang dulu2 untuk menuai padi. 


Muzium ni bukak dari pukul 9 pagi - 5 petang. Dia bukak tiap2 hari dan nak masuk kena bayar 3 ringgit (dewasa), 1 ringgit (kanak2) dan kamera 2 ringgit.


Benda yang paling gempak dekat muzium ini adalah mural penanaman padi yang besar gile. Mural ni mmg lawa gile. Mural ni dilukis oleh 60 orang pelukis dari Korea Utara dan tahap detail dia mmg tinggi. Aku rasa mural ni dibesarkan menggunakan cermin dan dia bagi nampak ada depth. Dan mural ni dibuat dalam bilik berbentuk silinder. Pastu tempat pengunjung dia 2 boleh berputar. Jd kita duduk dan kite akan di bawa melihat penanaman padi di Malaysia. Yang ni kat bahagian atas. Pas2 dkt bwh ada pameran alat2 penanaman padi. Ada alat-alat yg ditunjuk 2 mmg aku x pernah tau wujud. 




 


Antara bahagian-bahagian mural. 



Aku dengan bapak aku dkt Muzium Padi

So akhir skali aku memang rekemen tempat ni untuk sesapa yg pegi Kedah. Kalo dh pegi 2 jgn lupa singgah muzium ni. Sekali aku nak cakap lagi Benda yang paling best dekat muzium ni adalah mural dia. Aku memang kagum. Bayangkan lah kite bole nampak sampai dekat dalam khemah kenduri dalam mural ni.

2 comments:

ayu said...

hehe... tkt lh tgk baba baby.. mcm garang je??? dia mkn owg x? hahaha...

Huzek said...

hahaha x mkn org la

Post a Comment